Monday, July 27, 2009

Perkembangan Terkini.....

Agak lama jugak aku dah tak update blog ni....
projek serai masih berjalan lagi... cuma tak berapa nak aktif sangat dah...
sekarang ni sibuk dengan kerja-kerja maintenance rumah dan wiring...
dan kerja-kerja potong rumput....
Hajat nak beli lembu pun dah tercapai... tapi takbanyak ler...
nanti aku uploadkan gambar2 lembu tu...
2 ekor betina dan 1 anak.. jantan...
untuk permulaan....
Banyak benda yang dibuat agak tak menjadi kebelakangan ni...
masih mencari-cari lagi bidang yang boleh diceburi dengan serius dan menguntungkan.. heheheh...
Insya Allah Jumpa lah nanti...
Rezeki ada di mana-mana......
Salam....

Untuk Cuci Mata...












Gambar-gambar perkahwinan Paya Arked Video And Photo Studio Setakat Ini...

Untuk Harga Pengenalan bagi perkhidmatan Kami ....

Sila Hubungi Fahmi(012-622 1893) @ Fawziah (016-3456289)





Friday, May 16, 2008

Pesta Ikan Mabuk di Sungai Labu Lanjut...

Salam....

Dua hari lepas... balik je dari kebun serai, member call bagitau yang banyak ikan mabuk kat Sungai...
Aku pun apa lagi... dengan sepantas kilat pergi ke sungai tu dan ternyata la benar....
Punyala ramai orang tangguk ikan kat tepi-tepi sungai... Aku takde aim ikan lain...
Aku carik ketutu je.... Hasilnya dapatlah aku sekor ikan ketutu 9 inci dan lagi 3 ekor ikan ketutu saiz 5 inci.... Alhamdulillah.. Boleh la ni... Buat tambah2 stok..
Sebenarnya ada lagi 2 ekor... tapi tersepit kat tengah2 besi... Kalau aku nak ambik jugak ikan tu...
Confirm... dengan aku sekali tersepit...
Nanti aku uploadkan gambar ikan yang aku dapat tu....
Ganazz jugak ikan ikan ni... aku masukkan kat dalam tank tinggi pun dia boleh lompat...
Ikan liar.. Biasalah....

Wednesday, May 14, 2008

Projek fasa 2

Salam...
Hari ni bermulalah projek Fasa 2 aku... Buat kat ladang kelapa sawit member...
Kebetulan ada ruang sikit kat depan tu jadi aku pun amik la untuk projek aku ni....
Sama macam fasa 1 ari tuh... Budget aku untuk projek ni ciput je...
Jadik aku takdelah nak upahkan backhoe untuk ratakan tanah....
Aku bersihkan sendiri je... Yang mana kerjanya amatlah memenatkan....
Gembur tanah lak just kat tempat yang nak tanam je.... kalau Contract Farming agaknya dah kena reject dah serai aku.... Tapi takpe... aku buat sendiri, tak perlula prosedur sangat...
Janji serai aku sihat dan Kuat... heheh.... Kat sini aku ada sikit gambar untuk tatapan korang...



Inilah Tapak Projek fasa 2 aku... Luas mata memandang, berat lagi bahu yang memikul mesin...

Inilah alat ajaib yang aku gunakan untuk membersihkan kawasan..menggigil makan nasik woo....

Tuesday, May 13, 2008

Rumput pun dah naik...

Salam kepada semua pembaca....

Dah dekat seminggu aku tak jenguk serai.... Sebab aku keja siang...
Rumput pun dah naik.... Heran gak aku,.. rumputnya naik lagi cepat dari serai....
Serai-serai yang aku tanam 3 minggu lepas cinonet-cinonet semuanya....
Hampir tak nampak gak.... kalo compare ngan rumput tu la...
Itulah masalahnya kalo buat part time.... kena lak share partner pun keja siang...
Maka terabai la sekejap seraiku itu....
So... Tadi pagi aku membaja n siram pokok serai aku tu.... plus tanam lagi sikit2 kat mana-mana ruang yang boleh aku tanam.... Secara keseluruhannya... fasa 1 ni ada 200 rumpun serai... Kalau semuanya menjadi la....
Esok aku dah mula start untuk projek serai fasa 2 Lak...
Esok aku bersihkan sikit kawasan tu and... Tanam benih... Kalau sempat la...
Insya Allah...
p/s berita baik untuk diri aku sendiri.. aku dah jumpa tapak projek serai fasa 3.... hehehehe...
Benih serai yang baru berusia 3 minggu

Nilah pemandangan kat projek fasa 1 aku yang tak berapa semenggah ni...

Tuesday, May 6, 2008

More Info On Baja Organik Tinja Kambing

Kelebihan Baja Organik Kami...
  • Meningkatkan Hasil Tanaman antara 10% - 30%
  • Meningkatkan Daya Tahan Tanah terhadap hakisan
  • Meningkatkan Mikrobia Tanah
  • Bebas daripada rumput dan tanaman Liar
  • Mengurangkan serangan Hama Dan Penyakit
  • Tidak Berbau dan Mudah Digunakan
  • Memperbaiki Struktur tanah dan pH tanah
  • Bebas dari Pathogen, Parasit &Phytotoxin
  • Boleh menggantikan @ Mengefektif Baja Kimia
  • Berfungsi sebagai "Growth Stimulant & Soil Conditioner"
  • Menyediakan Unsur Hara untuk pertumbuhan tanaman
  • Berkonsep Mesra Alam
KADAR UNSUR HARA
  • N : 1.81%
  • P2O5 : 1.89%
  • K2O : 1.96%
  • CaO : 2.96%
  • MgO : 0.70%
  • C/N : Max 22%
  • Kadar Pertukaran Kation : 75me/100gm
  • Kadar C : 40.9%
  • Pathogenic Mikro Organisma : Bebas